Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) terletak di Jalan Medini Sentral 9,
Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor. MBIP kini diketuai oleh
Datuk Bandar Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim
dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. MBIP merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir
Bandar raya Iskandar Puteri. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan
perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan
sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan
dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas,
serta penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.